Globeride
LANGUAGE
MS EN
Dasar Perlindungan Maklumat Peribadi
1. Pendahuluan
Dasar Perlindungan Maklumat Peribadi ini (selepas ini dirujuk sebagai “Dasar Privasi ini”) menerangkan bagaimana GLOBERIDE, Inc. dan syarikat-syarikat kumpulannya (selepas ini dirujuk sebagai “GLOBERIDE”) mengendalikan maklumat peribadi yang diamanahkan kepada kami oleh para pelanggan dan rakan niaga (selepas ini dirujuk sebagai “Pelanggan” atau “Anda”).

Sebelum Anda memberikan maklumat peribadi kepada GLOBERIDE atau melakukan urus niaga, membeli atau menggunakan perkhidmatan atau produk daripada GLOBERIDE, sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti.
Dasar Privasi ini membentangkan gambaran keseluruhan yang asas mengenai bagaimana GLOBERIDE mengendalikan maklumat peribadi Pelanggan.

Di samping itu, bergantung kepada lokasi Pelanggan, dasar dan peraturan lain mungkin dikenakan terhadap urus niaga dan pembelian perkhidmatan dan produk daripada GLOBERIDE. Butir-butir khusus akan diberikan di dalam notis privasi (“Notis Privasi”) dan Terma-terma Perkhidmatan.

Untuk Pelanggan yang berada di Jepun, maklumat peribadi di dalam Dasar Privasi ini merujuk kepada maklumat berkaitan dengan individu yang masih hidup yang boleh mengenal pasti individu khusus melalui nama, tarikh lahir, atau pengecam lain, atau yang mengandungi kod pengenalan individu.
2. Skop Pengenaan Dasar Privasi ini
Dasar Privasi ini dikenakan apabila Anda memberikan maklumat peribadi kepada GLOBERIDE dan apabila Anda melakukan urus niaga atau menggunakan produk dan perkhidmatan daripada GLOBERIDE.
3. Tujuan Penggunaan Maklumat Peribadi
GLOBERIDE menggunakan maklumat peribadi Anda bagi tujuan berikut. Meskipun di dalam skop tujuan ini, kami tidak akan menggunakan maklumat peribadi Anda dalam cara yang boleh menggalakkan atau mendorong aktiviti yang haram atau tidak wajar.
  1. Menjual dan menyediakan produk, perkhidmatan, dan barangan GLOBERIDE yang berkaitan.
  2. Menyemak dan menganalisis status pembelian dan penggunaan produk, perkhidmatan, dan barangan GLOBERIDE yang berkaitan.
  3. Semua operasi yang sampingan atau berkaitan dengan butiran 1 dan 2 di atas.
  4. Melaksanakan tinjauan terhadap produk, perkhidmatan, dan barangan GLOBERIDE yang berkaitan.
  5. Membangunkan produk, perkhidmatan, dan barangan berkaitan yang baharu.
  6. Menghubungi Anda mengenai produk, perkhidmatan, dan barangan GLOBERIDE yang berkaitan.
  7. Merancang dan menguruskan pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh GLOBERIDE dan subkontraktor luar atau syarikat kerjasama (seperti acara dan kempen).
  8. Menyediakan maklumat mengenai perkhidmatan, produk, acara, dan kempen yang dikendalikan oleh GLOBERIDE dan kontraktor luar dan syarikat kerjasama GLOBERIDE, melalui pelbagai cara, termasuk mel langsung, surat berita e-mel, pemberitahuan, dan iklan.
  9. Maklumat peribadi tentang Pelanggan (seperti data analisis mengenai status penggunaan perkhidmatan dan produk GLOBERIDE dan sejarah pelayaran laman web dan aplikasi mudah alih yang dikendalikan oleh GLOBERIDE) mungkin dianalisis menggunakan AI dan teknologi lain. Analisis ini digunakan untuk membuat inferens mengenai minat, pilihan, trend pembelian, dan ciri-ciri Pelanggan. Berdasarkan keputusan analisis ini, kami mungkin menggunakan maklumat ini untuk inisiatif seperti pengiklanan dan pemasaran sasaran kepada Pelanggan. Penggunaan maklumat peribadi akan dilakukan selaras dengan prosedur yang sah dan sesuai, dan butir-butir khusus dibentangkan di dalam Notis Privasi dan Terma-terma Perkhidmatan.
  10. Membalas pertanyaan dan permintaan.
  11. Tujuan lain yang dijelaskan di dalam "8. Penggunaan Bersama ".
4. Maklumat Peribadi Yang Dikumpul
Untuk mencapai tujuan yang dibentangkan di dalam bahagian sebelum ini, GLOBERIDE akan mengumpul maklumat peribadi berikut daripada Pelanggan melalui cara yang berpatutan dan sesuai.
(1) Maklumat peribadi, maklumat hubungan, dan maklumat pembayaran
Nama, alamat, nombor telefon, nombor faks, alamat e-mel, dan butir-butir pembayaran Pelanggan, seperti kad kredit/debit.
(2) Keahlian dan maklumat penggunaan perkhidmatan berkaitan dengan produk GLOBERIDE
Nombor pengenalan Pelanggan dan maklumat profil berkaitan yang diperlukan untuk perkhidmatan keahlian yang disediakan oleh GLOBERIDE.
(3) Kandungan pertanyaan dan pendapat yang diberikan kepada GLOBERIDE
Rakaman suara dan maklumat lain yang mungkin merangkum nama Pelanggan dan daripadanya, individu khusus diandaikan boleh dikenal pasti.
  1. GLOBERIDE boleh memantau, merekodkan, menyimpan, dan menggunakan komunikasi dengan Pelanggan melalui telefon, e-mel, dll., untuk mengesahkan permintaan dan arahan daripada Pelanggan, untuk latihan mengenai langkah-langkah organisasi, bagi tujuan keselamatan, dan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada Pelanggan. Penggunaan maklumat sedemikian akan dinyatakan secara individu dan dengan bersesuaian dalam cara yang sah.
(4) IT dan maklumat sistem termasuk penggunaan laman web dan aplikasi mudah alih GLOBERIDE
Maklumat mengenai penggunaan laman web dan aplikasi mudah alih yang diuruskan oleh GLOBERIDE, seperti ‘cookies’, pengecam pengiklanan (IDFA, GAID), maklumat lokasi peranti, ID peranti yang unik, alamat IP, jenis OS dan pelayar, dan log aktiviti pelayaran, yang mungkin membolehkan GLOBERIDE mengenal pasti individu khusus.
(5) Pengendalian Maklumat Peribadi Sensitif
GLOBERIDE tidak akan mengumpul atau menggunakan maklumat peribadi sensitif mengenai Pelanggan (selepas ini dirujuk sebagai "maklumat sensitif "), seperti kaum, fahaman, status sosial, sejarah perubatan, rekod jenayah, atau fakta bahawa Pelanggan mengalami kerosakan disebabkan oleh jenayah, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau dengan kebenaran Pelanggan.
5. Pengumpulan Maklumat Berkaitan dengan Maklumat Peribadi
GLOBERIDE boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan maklumat peribadi secara terus daripada Pelanggan atau menerima maklumat sedemikian daripada pihak ketiga atau syarikat-syarikat kumpulan kami. Di dalam Dasar Privasi ini, maklumat berkaitan dengan maklumat peribadi bermaksud maklumat berkaitan dengan individu yang masih hidup yang tidak jatuh ke dalam definisi maklumat peribadi, maklumat peribadi yang disamarkan (‘pseudonymized’), atau maklumat peribadi tanpa nama seperti yang ditakrifkan di dalam "Akta mengenai Perlindungan Maklumat Peribadi " di Jepun (Akta No. 57 tahun 2003).

Contoh maklumat berkaitan dengan maklumat peribadi
Maklumat seperti ‘cookies’, pengecam pengiklanan (IDFA, GAID), maklumat lokasi peranti, ID peranti yang unik, alamat IP, dll., seperti yang dibentangkan di dalam “4. IT dan Maklumat Sistem Termasuk Penggunaan Laman Web dan Aplikasi Mudah Alih GLOBERIDE,” yang tidak boleh digunakan oleh GLOBERIDE untuk mengenal pasti individu khusus.

Contoh penerimaan maklumat berkaitan dengan maklumat peribadi
Memperolehi pengecam pengiklanan daripada pihak ketiga atau syarikat-syarikat kumpulan kami bagi tujuan pengiklanan sasaran. Jika GLOBERIDE mengaitkan maklumat ini dengan maklumat peribadi yang dipegang olehnya tentang Pelanggan dan menggunakannya sebagai maklumat peribadi, kami akan mendapatkan kebenaran Pelanggan dan mengendalikannya dengan bersesuaian selaras dengan tujuan-tujuan yang digariskan di dalam “3. Tujuan Penggunaan Maklumat Peribadi,” kecuali jika tujuan lain dianggap sesuai.
6. Pilihan Pelanggan
Secara amnya, pemberian maklumat peribadi kepada GLOBERIDE ditentukan oleh Pelanggan. Namun, jika Anda tidak memberikan maklumat peribadi kepada kami, Anda mungkin tidak dapat menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh GLOBERIDE, atau beberapa fungsi sistem mungkin tidak beroperasi dan Anda mungkin tidak dapat menggunakan fungsi tersebut. Contohnya, Pelanggan mungkin kehilangan manfaat kerana tidak dapat menerima maklumat, seperti kempen daripada GLOBERIDE. Di samping itu, Pelanggan boleh membetulkan dan meminda maklumat hubungan dan langganan mereka terhadap surat berita e-mel pada bila-bila masa, menurut had yang munasabah, dengan menggunakan cara yang dimaklumkan secara berasingan oleh GLOBERIDE.
7. Pendedahan atau Pemberian kepada Pihak Ketiga
(1) Apabila GLOBERIDE mendedahkan atau memberikan maklumat peribadi Pelanggan kepada pihak ketiga
GLOBERIDE tidak akan mendedahkan atau memberikan maklumat peribadi Anda kepada pihak ketiga kecuali dalam keadaan berikut. Di samping itu, maklumat peribadi, termasuk maklumat sensitif, tidak akan diperolehi atau didedahkan atau diberikan kepada pihak ketiga dalam apa jua keadaan, kecuali dikehendaki oleh undang-undang atau dengan kebenaran Pelanggan. Sila ambil maklum bahawa jika maklumat diberikan melalui penggunaan bersama atau pengambilan khidmat luar (‘outsourcing’), langkah ini dikecualikan dari segi undang-undang dan bukan merupakan pendedahan atau pemberian kepada pihak ketiga.
  1. Jika Pelanggan memberikan kebenaran.
  2. Apabila pendedahan atau pemberian dikehendaki di sisi undang-undang.
  3. Apabila pendedahan atau pemberian adalah perlu untuk melindungi nyawa, kesejahteraan, atau harta Pelanggan dan kebenaran Pelanggan sukar diperolehi.
  4. Apabila kerjasama perlu diberikan kepada kerajaan negara atau tempatan dalam pelaksanaan hal ehwal awam dan langkah mendapatkan kebenaran daripada Pelanggan kemungkinan besar akan mengganggu pelaksanaan hal ehwal sedemikian.
  5. Apabila mendedahkan atau memberikan data statistik (maklumat yang tidak mengenal pasti Pelanggan).
  6. Apabila maklumat peribadi diberikan berhubung dengan penggantian perniagaan disebabkan oleh percantuman, pemisahan syarikat (‘company split’), pemindahan perniagaan, atau keadaan lain.
  7. Apabila maklumat peribadi diberikan selaras dengan prosedur di sisi undang-undang, dengan syarat pelanggan boleh mengenal pasti dengan mudah maklumat berikut di laman web GLOBERIDE terlebih dahulu, dan tidak ada petanda bahawa Pelanggan enggan membenarkannya:
    1. Bahawa tujuan penggunaan adalah untuk memberikan maklumat peribadi kepada pihak ketiga.
    2. Butir-butir data peribadi yang akan diberikan kepada pihak ketiga.
    3. Kaedah atau cara bagaimana maklumat peribadi akan diberikan kepada pihak ketiga.
    4. Jika terdapat permintaan daripada Pelanggan, GLOBERIDE akan berhenti memberikan maklumat sedemikian kepada pihak ketiga.
    5. Cara untuk menerima permintaan Pengguna.
(2) Jika GLOBERIDE mendedahkan atau memberikan maklumat peribadi Pelanggan kepada pihak ketiga
GLOBERIDE boleh mendedahkan maklumat peribadi kepada jenis penerima berikut:
  1. Syarikat-syarikat Gabungan dll.
    GLOBERIDE boleh mendedahkan maklumat peribadi kepada syarikat-syarikat di dalam kumpulan kami dan organisasi-organisasi yang berkaitan.
  2. Pekerja
    GLOBERIDE boleh mendedahkan maklumat peribadi kepada pekerja yang mempunyai kuasa dan keperluan untuk mengakses maklumat sedemikian.
  3. Penyedia Perkhidmatan
    GLOBERIDE boleh mendedahkan maklumat peribadi yang dikumpul kepada penyedia perkhidmatan, seperti penyedia perkhidmatan IT (termasuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan persekitaran pelayan dan penyedia perkhidmatan awan), penyedia perkhidmatan analisis data, penyedia perkhidmatan pengedaran pengiklanan, dan penyedia perkhidmatan profesional, seperti penasihat undang-undang.
8. Penggunaan Bersama
GLOBERIDE akan menggunakan maklumat peribadi Pelanggan secara bersama bagi tujuan dan skop berikut.
Skop pengguna bersama GLOBERIDE, Inc. dan syarikat-syarikat kumpulan kami
Tujuan penggunaan oleh pengguna
  1. Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang dikendalikan oleh GLOBERIDE atau syarikat-syarikat penggunaan bersama.
  2. Supaya GLOBERIDE atau syarikat-syarikat penggunaan bersama dapat menghantar mel langsung, menyediakan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan dan menjalankan tinjauan.
  3. Untuk melaksanakan analisis jualan, tinjauan dan penyelidikan lain, dan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu oleh GLOBERIDE atau syarikat-syarikat penggunaan bersama.
  4. Untuk berkomunikasi dan memindahkan pertanyaan, permohonan atau permintaan lain daripada Pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh GLOBERIDE atau syarikat-syarikat penggunaan bersama kepada syarikat yang bertanggungjawab.
  5. Supaya GLOBERIDE atau syarikat-syarikat penggunaan bersama dapat memenuhi urus niaga dengan Plaintif dalam cara yang bersesuaian dan lancar.
  6. Untuk pengurusan dan pentadbiran dalaman Kumpulan GLOBERIDE.
Maklumat peribadi yang akan digunakan bersama-sama Pengecam Pelanggan Ahli GLOBERIDE, Nama Pelanggan, Alamat, Nombor Telefon, Nombor Faks, Alamat E-mel, dan Alamat Penghantaran
Nama, alamat, dan wakil orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan maklumat peribadi GLOBERIDE, Inc.
3-14-16 Maesawa, Higashi-Kurume-shi, Tokyo
Presiden & CEO Encik Kazunari Suzuki
9. Mengambil Khidmat Luar untuk Operasi Perniagaan
Untuk menyediakan dan menjual produk, perkhidmatan, dan barangan berkaitan GLOBERIDE kepada Pelanggan, GLOBERIDE mungkin mengambil khidmat luar bagi sebahagian atau semua operasinya dan memberikan maklumat peribadi kepada subkontraktor sejauh mana yang perlu untuk mencapai tujuan penggunaan. Apabila berbuat demikian, kami akan menjalankan analisis kesan terhadap pengendalian maklumat peribadi Pelanggan oleh subkontraktor, memasuki kontrak untuk memastikan langkah-langkah perlindungan dan penyeliaan yang sesuai, dan menguruskan dan menyelia subkontraktor dalam cara yang sah dan bersesuaian.
10. Pemindahan Ke Luar Jepun
GLOBERIDE mungkin memindahkan maklumat peribadi Anda (nama, alamat, nombor telefon, e-mel) ke luar Jepun untuk menyediakan dan menjual produk, perkhidmatan, dan barangan berkaitan GLOBERIDE. Negara atau wilayah kepada mana maklumat peribadi Anda dipindahkan mungkin tidak mempunyai sistem perlindungan maklumat peribadi yang setara dengan sistem perlindungan maklumat peribadi di Jepun.
Apabila GLOBERIDE memberikan maklumat peribadi Pelanggan kepada pihak ketiga di luar Jepun, termasuk subkontraktor dan pengguna bersama, GLOBERIDE akan berbuat demikian berdasarkan kebenaran Pelanggan, kecuali dalam keadaan berikut:
  1. Apabila pihak ketiga berada di negara yang diiktiraf di sisi undang-undang sebagai negara yang mempunyai sistem perlindungan maklumat peribadi yang mencapai standard yang setara dengan Jepun.
  2. Apabila pihak ketiga telah mewujudkan suatu sistem yang diperlukan untuk terus mengambil langkah-langkah yang setara dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh sesuatu perniagaan yang mengendalikan maklumat peribadi di Jepun.

Dalam keadaan 2., GLOBERIDE akan mengambil langkah-langkah yang perlu dan bersesuaian untuk memastikan pihak ketiga melaksanakan langkah-langkah setara tersebut secara berterusan. Jika Anda ingin mengesahkan butir-butir mengenai langkah-langkah ini, sila kemukakan permintaan selaras dengan “12. Permintaan Berkenaan dengan Pengendalian Maklumat Peribadi.”
11. Pengurusan Maklumat Peribadi
GLOBERIDE menyelia dan menguruskan maklumat peribadi Pelanggannya dengan bersesuaian, dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu untuk mencegah kebocoran, kerugian, atau kerosakan. Demi memastikan maklumat peribadi Pelanggan dilindungi dan dikendalikan dengan sesuai, GLOBERIDE menyediakan latihan dalaman yang diperlukan untuk pegawai dan pekerja, menetapkan tempoh penyimpanan untuk maklumat peribadi menurut tujuan penggunaan, dan melupuskannya dengan wajar apabila tujuan penggunaan dicapai.
Jika Anda ingin mengesahkan butir-butir mengenai langkah-langkah bagi menguruskan keselamatan maklumat peribadi, sila kemukakan permintaan selaras dengan “12. Permintaan Berkenaan dengan Pengendalian Maklumat Peribadi.”
12. Permintaan Berkenaan dengan Pengendalian Maklumat Peribadi
Untuk maklumat peribadi yang dipegang dan disimpan di dalam pangkalan data GLOBERIDE, jika Pelanggan meminta pendedahan, pembetulan, penambahan, pemberhentian penggunaan, pemadaman atau pemberian maklumat mengenai langkah-langkah perlindungan maklumat peribadi berkaitan dengan “10. Pemindahan Ke Luar Jepun” dan “11. Pengurusan Maklumat Peribadi” (selepas ini dirujuk sebagai “pendedahan, dll.”), GLOBERIDE akan mengesahkan bahawa orang yang membuat permintaan adalah pelanggan itu sendiri dan memberikan balasan dalam tempoh dan menurut skop yang munasabah selaras dengan undang-undang.
(1) Permintaan untuk pendedahan
Kami akan mendedahkan butiran maklumat peribadi, tujuan penggunaan, atau rekod mengenai pemberian kepada pihak ketiga, seperti yang diminta oleh Pelanggan.
(2) Permintaan untuk pembetulan, pemadaman atau penambahan
Kami akan mengesahkan butir-butir permintaan Pelanggan dan membetulkan, memadamkan dan menambah maklumat peribadi Pelanggan sejauh mana langkah ini adalah bersesuaian dan boleh dilaksanakan.
(3) Permintaan supaya berhenti menggunakan atau memadamkan
Selaras dengan permintaan Pelanggan, kami akan berhenti menggunakan atau akan memadamkan butiran maklumat peribadi yang dinyatakan sejauh mana langkah ini adalah bersesuaian dan boleh dilaksanakan. Sila ambil maklum apabila membuat permintaan bahawa dengan menggantung penggunaan atau memadamkan maklumat peribadi, kami mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang sebelum ini tersedia atau perkhidmatan yang memenuhi keperluan Anda.
(4) Permintaan untuk maklumat mengenai langkah-langkah perlindungan maklumat peribadi
Selaras dengan permintaan Pelanggan, kami akan memberikan maklumat kepada Anda tentang:
  1. Butir-butir mengenai langkah-langkah pengurusan keselamatan yang diambil oleh GLOBERIDE apabila mengendalikan maklumat peribadi Pelanggan.
  2. Butir-butir mengenai langkah-langkah yang diambil oleh GLOBERIDE untuk memberikan maklumat peribadi Pelanggan kepada pihak ketiga di luar Jepun (jika terpakai di bawah butiran 2. di dalam "10. Pemindahan ke luar Jepun ").
Sila ambil maklum bahawa jika, dengan memenuhi permintaan Pelanggan, ini akan mengekang dengan ketara operasi perniagaan lazim GLOBERIDE, melanggar peruntukan undang-undang, atau menjejaskan pengurusan maklumat peribadi dengan selamat, kami mungkin tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.
13. Cara untuk Meminta Pendedahan, dll. dan Titik Hubungan untuk Pertanyaan
Cara untuk meminta pendedahan, dll. atau pemberitahuan mengenai tujuan penggunaan, dll. mengenai maklumat peribadi yang diamanahkan kepada GLOBERIDE oleh Pelanggan, dan titik hubungan untuk pertanyaan adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa dalam semua keadaan, suatu syarat telah ditetapkan bahawa kami hendaklah dapat mengesahkan bahawa permintaan dibuat oleh Pelanggan sendiri.
Permintaan untuk Pendedahan, dll.
(1) Cara permintaan
Jika Anda ingin menerima balasan kepada permintaan pendedahan Anda melalui telefon bebas tol
Hubungan (Pusat Pelanggan) 0120-506-204
(9:00-17:00, tidak termasuk hari Sabtu, Ahad, hari kelepasan am kebangsaan, dan cuti syarikat)

Jika Anda ingin menerima balasan kepada permintaan pendedahan Anda melalui pos
Sila hantar dokumen yang perlu ke alamat berikut.
(Alamat pos) GLOBERIDE, Inc. Customer Center, Personal Information Handling Officer, 3-14-16 Maesawa, Higashi-Kurume-shi, Tokyo, 203-8511
(2) Dokumen yang diperlukan
Borang Permohonan
  1. Borang Permintaan Pendedahan
Jika terdapat apa-apa ketinggalan di dalam borang permohonan, kami mungkin tidak dapat membalas permintaan Anda untuk pendedahan, dll.
Dokumen Penentusahan Identiti
(Untuk individu yang membuat permintaan)
  1. Sesalinan setiap satu dokumen berikut: lesen memandu, pasport, kad nombor individu (bahagian hadapan sahaja), kad mastautin, atau perakuan ketidakupayaan fizikal
(Untuk wakil) Di samping dokumen di atas (untuk individu yang membuat permintaan), 1 dan 2 berikut diperlukan:
  1. Surat kuasa wakil (bagi wakil undang-undang, satu dokumen yang dapat membuktikan bahawa orang tersebut adalah wakil undang-undang/untuk ejen statutori, satu dokumen yang membuktikan status ejen statutori)
  2. Dokumen pengenalpastian identiti untuk wakil (sesalinan setiap satu dokumen berikut: lesen memandu, pasport, kad nombor individu (bahagian hadapan sahaja), kad mastautin, atau perakuan ketidakupayaan fizikal)
(3) Fi
Kami mungkin meminta Anda membayar fi pentadbiran bagi permintaan untuk pendedahan, dll. Sila semak butir-butir yang ditetapkan di dalam setiap borang permintaan. Sila ambil maklum bahawa pengendalian mungkin berubah-ubah bergantung kepada undang-undang dan peraturan setiap negara.
14. Melumpuhkan Pengecam Pengiklanan
(1) Melumpuhkan pengecam pengiklanan
GLOBERIDE memperolehi dan menggunakan pengecam pengiklanan (seperti "Identification For Advertisers (IDFA)" di iOS Apple dan "Google Advertising ID (GAID)" di Android OS Google). Jika Anda tidak mahu menerima iklan menggunakan pengecam pengiklanan ini, sila laraskan seting di Peranti anda melalui pautan luar berikut:

iOS (laman luar)
Android (laman luar)
15. Perubahan pada Dasar Privasi
GLOBERIDE boleh mengubah Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika Dasar Privasi ini diubah, perkara ini akan dimaklumkan di laman web GLOBERIDE (https://www.globeride.co.jp), jadi sila semak kandungan yang dikemaskinikan dengan teliti.
16. Bagaimana untuk Memfailkan Aduan (Laporan)
Jika Anda percaya bahawa GLOBERIDE gagal untuk menguruskan dengan sewajarnya atau telah menyalahgunakan data peribadi Anda, Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data (DPO) yang dilantik oleh GLOBERIDE untuk menyelesaikan isu sedaya upaya mereka. Di samping itu, Anda boleh memfailkan rayuan dengan pihak berkuasa pengawalseliaan di lokasi Anda (pengawal selia perlindungan data kerajaan di Jepun adalah Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi https://www.ppc.go.jp/en/) mengenai penggunaan data peribadi Anda oleh GLOBERIDE.

Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data (DPO) yang dilantik oleh GLOBERIDE secara langsung dengan menghantar e-mel ke e-mel berikut:
dpo@globeride.co.jp

Tarikh semakan semula terakhir: 10 Disember 2025

GLOBERIDE, Inc.
3-14-16 Maesawa, Higashi-Kurume-shi, Tokyo
Presiden & CEO Encik Kazunari Suzuki

PAGE TOP